1 setengah minggu sebelum majlis - Khamis malam Jumaat. Aku balik pagi-pagi itu jugak. Terpaksa ambil EL sebab short notice dari ayahku. Beliau ingin mengadakan majlis tahlil, disamping tahlil aruah, kesempatan diambil untuk menjemput semua orang kampung yang ada kelapangan untuk membantu mendirikan balai zink dan canvas. Aku balik ke Puchong malam itu jugak selepas mengemas. Lagipun minggu depan, aku telah ambik cuti yang panjang selama 6 hari.
1 minggu sebelum majlis - Aku bertolak selepas sahaja selesai solat Subuh kerana ingin mengejarkan angkat balai jam 0800. Puuh dapat sampai tepat pada masanya, semua orang kampung sudah berkumpul di masjid. Bermulalah sessi pemindahan ke rumah ku dengan bantuan lori Adi. Belum pun selesai balai, aku telah bergerak ke rumah Haji Jenal untuk mengeluarkan barang-barang yang bakal digunakan untuk memasak dan majlis. Berbekal pengalaman yang lepas (majlis kahwin adik lelaki ku), aku dapat mengatur barang dengan sempurna. Semua ku catatkan untuk rujukan bila memulangnya nanti. Majlis yang lepas agak kecoh jugak sebab list tu hilang. Kali ini ada backup, disamping kertas Haji Jenal, aku jugak membawa kertas kosong untuk rujukan aku.
Petangnya pula pergi ke rumah Cikgu Sabtu untuk mengambil perkakasan memasak. Rupanya orang kampung dah moden, memasak menggunkan kayu telah dikurangkan. Lauk pauk, mereka gunakan gas dengan tungku. Menurut ayahku, lebih cepat dan lebih bersih. Jadi bermulalah episod berkampung.